Sunday, January 24, 2010

Melayu Wajib Berubah

melayu wajib berubah
Renunglah bangsaku mengenai taraf pendidikan,ekonomi,sosial dan politik melayu kian lemah.Melayu lebih suka membunuh melayu dari membina kekuatan bangsa, apa tidaknya sudut pendidikan anak melayu ketinggalan dari rakan kita masyarakat Cina dan India begitu juga dengan sudut ekonomi melayu lebih banyak dikedai kopi dan surau serta kaki lima masjid berbual serta memfitnah hingga sanggup menyerang dan mempertikaikan bangsa sendiri .Sudut sosial anak muda dilihat jauh menyimpang dari ajaran Islam sebenar cara berpakaian stail rambut bebas bergaul lelaki perempuan teguran Ibubapa langsung tidak dipatuhi dan ditakuti.Manakala suasana politik melayu pergeseran terlalu rapuh hingga bangsa asing mengambil kesempatan menyalakan api kehancuran bangsa melayu. Melayu hanya bergantung pada kuasa politik semata-mata kalau sudah dirapuhkan bayangkanlah nasib anak cucu cicik kita di masa depan. Renunglah,Insaflah,Sedarlah bangsaku jangan gelanggang politik membuatkan Hijau dan Biru terus bersengketa akhirnya bangsa lemah dan tertipu.Contohilah politik sahabat kita sebelah mulut saja bertikam lidah hati bulat untuk bangsa.Hijau jangan terlalu hijau Biru pula jangan hanya biru berpolitik biar bermusim hubungan saudara sepanjang masa.

Islam sebenar

wahai bangsaku jangan sempitkan keislaman kita sekadar mendengar hujahan hijau dan biru, jadilah kita insan yang setia merujuk kepada ALLAH dan NABI iaitu AL-QURAN dan AL-HADIS yang jelas dan nyata kebenarannya.
Cuba lihat senario hijau dan biru: mengenai pengunaan kalimah suci di gereja.
Hijau menampakkan sokongan.
Biru dilihat menentang.
Renunglah,Istiqorohlah bangsaku siapa sebenarnya memperjuangkan islam atau tunduk pada desakkan. Ingatlah jangan menang parti anak cucu cicik keliru.

Wednesday, January 6, 2010

Pertahan Kalimah Suci

PEGUAM Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail keluar selepas mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanan perintah yang membenarkan penerbitan itu menggunakan perkataan 'Allah' di Mahkamah Tinggi Sivil 5, Kuala Lumpur, semalam. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor
Wahai bangsaku kita panjatkanlah doa agar ALLAH makbulkan harapan kita agar kalimah suci ini terpelihara dan terus diberkati serta dihindari sifat murahan sanggup menjual nama tuhan sendiri kepada bukan islam.